Bulan VOKTEK
Bulan Mac 2011 merupakan bulan bagi Bidang VOKTEK. Banyak aktiviti dan program yang telah dirancang oleh panitia di bawah bidang. Semoga perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Tema pilihan kali ini ialah "Kemahiran Pemangkin Ekonomi". Diharap para pelajar juga melibatkan diri dalam setiap aktiviti dengan penuh semangat dan daya saing.
Pemantauan P&P
Hari ini 22 Feb 2011, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, En Datu Sainudin Datu Husin, Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu sekali lagi bersua dengan guru-guru VOKTEK SMK Tandek untuk melakukan pemantauan P&P. Bagaimanapun, kedatangan beliau kali ini bertembung dengan satu lagi majlis lain di SMK Tandek. Ini menyebabkan tugas pemantauan tertangguh sehingga ke masa yang agak lewat. Sungguhpun begitu beliau sempat memantau En Arshad Alwi, Ketua Panitia subjek Reka cipta pada pukul 10.50 hingga 12.00 tengah hari. Tahniah kepada Cikgu Arshad yang telah pun bersedia dengan sebaiknya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh beliau sesungguhnya boleh menjadi contoh kepada guru-guru VOKTEK yang lain. Tahniah sekali lagi:)
Berikut adalah paparan yang sempat dirakam oleh En Yap Miu Seng dari Unit Media SMK Tandek. Terima kasih Cikgu Yap:)
Berikut adalah paparan yang sempat dirakam oleh En Yap Miu Seng dari Unit Media SMK Tandek. Terima kasih Cikgu Yap:)
Suasana Penyeliaan P&P Reka cipta
Cikgu Arshad menunjukkan cara-cara menilai dan memilih reka bentuk sesuatu produk
Pemantauan bersama oleh Ketua Unit VOKTEK PPD KM dan Ketua Bidang VOKTEK SMK Tandek
Perbincangan Ketua Unit dan Ketua Bidang mengenai isu-isu semasa P&P VOKTEK
Sebelum menamatkan sesi pemantauan En Datu Sainudin berpesan yang beliau akan datang lagi pada bulan Jun untuk pemantauan P&P dan juga Bengkel VOKTEK. Sememangnya kehadiran beliau amat kami harapkan untuk membantu pihak sekolah memantapkan lagi Bidang VOKTEK.
Pemantauan Fail Panitia VOKTEK
Pada 10 Feb 2011, En Datu Sainudin Datu Husin, Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu menjalankan pemantauan terhadap fail-fail panitia di bawah Bidang VOKTEK SMK Tandek. Panitia yang dipantau terdiri daripada panitia-panitia berikut:
1. Prinsip Perakaunan
2. Ekonomi Asas
3. Perdagangan
4. ICT
5. Reka cipta
6. ERT
7. Sains Pertanian
8. Sains Sukan
9. Kemahiran Hidup
Tahniah kepada semua Ketua panitia yang telah beberapa hari sebelumnya berusaha untuk mengemas kini fail masing-masing. Sesungguhnya kehadiran Ketua Unit pada hari tersebut amat bermakna kepada bidang VOKTEK SMK Tandek. Ini kerana penerangan yang jelas tentang fail induk dan penggunaan nombor fail yang betul telah memberi peluang kepada semua panitia untuk mendapat pengetahuan baru. 80% fail mendapat markah penilaian baik manakala 20% lagi mendapat markah sederhana. Ketua Unit berpesan kepada semua ketua panitia yang hadir bahawa sesi penyeliaan untuk memperbaiki lagi Bidang VOKTEK SMK Tandek akan disambung pada 22 Feb 2011 yang akan datang. Beliau menyatakan harapan beliau agar semua ketua panitia akan bersedia pada hari tersebut. Penyeliaan yang akan datang ini berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah rakaman sepintas lalu sesi penyeliaan fail panitia yang dijalankan pada 10 Feb 2011. Terima kasih kepada unit media sekolah (Yap Miu Seng) yang bertanggungjawab terhadap rakaman ini.
Terima kasih sekali lagi kepada En Datu Sainudin dan En Wellson yang telah banyak membantu Bidang VOKTEK SMK Tandek dalam sesi Penyeliaan Fail Panitia.

Berdiri dari kiri: Muslee Jain, Arshad Alwi, Willorin Majintal, Rinawati Maikol, Karimah Dalillah A.Karim, Christina Singkun
Duduk dari kiri: Joulan Tuyundo, Keng Chuan Seng (Pengetua), Datu Sainudi Datu Husin (Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu), Noliah Atin, Dosoying Masubail
Fail Panitia daripada 9 panitia semuanya
Ucapan ringkas Ketua Unit VOKTEK
Karimah Dalillah Abdul Karim
Rinawati Maikol
Arshad Alwi
Jasnie Jamilin
Proses Penyeliaan Fail
Perbincangan Ketua Panitia KH dengan Ketua Unit VOKTEK
Ketua Unit VOKTEK turut dibantu oleh En Wellson Magusun, Ketua Unit Kemanusiaan PPD Kota Marudu
Ketua Unit menerangkan Fail Induk sepatutnya ditulis menggunakan tulisan tangan dan bukannya bertaip
Ketua Unit Kemanusiaan membandingkan nombor fail panitia sedia ada dengan nombor fail yang dianggap lebih efisien dan ringkas
Terima kasih sekali lagi kepada En Datu Sainudin dan En Wellson yang telah banyak membantu Bidang VOKTEK SMK Tandek dalam sesi Penyeliaan Fail Panitia.
Selamat Datang
Posted by
VOKTEK
at
04:54
|
Selamat datang ke ruangan Bidang VOKTEK SMK Tandek yang baru sahaja dibangunkan ini. Semoga pembaca mendapat maklumat pada masa hadapan dan turut berkongsi pendapat dan cadangan untuk memperbaiki blog ini. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)