Majlis Penutupan Bulan Bidang VOKTEK SMK Tandek 2011

| Thursday 31 March 2011
Pada 30 Mac 2011, Majlis Penutupan Bulan Bidang VOKTEK SMK Tandek telah diadakan. Sempena dengan majlis tersebut, pameran panitia di bawah bidang VOKTEK telah diadakan. Selain itu, pertandingan gerai jualan persatuan turut diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan penutupan tersebut.

Sesungguhnya ramai pihak yang menyatakan kegembiraan dan kemeriahan majlis penutupan tersebut kerana pengisian yang pelbagai. Seorang pelajar mengatakan tayangan filem pendek oleh pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT merupakan bahagian yang peling menarik. Beberapa guru wanita pula memberi komen, jualan gerai dan pameran serta jualan panitia memberi kelainan kepada majlis ini. Cikgu Rayner pula menyatakan walaupun majlis yang diadakan 'simple', ia sangat menarik dan berjaya.

Pihak VOKTEK mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan warga sekolah dalam menjayakan majlis ini. Majlis ini juga tidak dapat dijalankan dengan meriah tanpa sokongan kewangan dari pihak pentadbiran sekolah. Terima kasih sekali lagi. Begitu juga dengan sokongan En Datu Sainuddin, Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu yang sentiasa ada bersama dengan VOKTEK SMK Tandek. Semoga berjumpa lagi di dalam sambuatan bulan VOKTEK pada tahun hadapan. Sumbangan anda, sebagai pelajar, guru atau ibu bapa walau sekecil mana pun dalam majlis ini amat bermakna kepada kami di pihak VOKTEK.






















Latihan Dalam Perkhidmatan

|
Pada 20 Mac 2011 lalu, guru-guru di bawah bidang VOKTEK SMK Tandek telah menghadiri LDP yang dikendalikan oleh En Datu Sainuddin Datu Hussin dan En Sanaleh Daud dari PPD Kota Marudu. LDP yang diadakan berkaitan dengan pengurusan bengkel Bidang VOKTEK dan juga pengurusan aset. Aset yang dimaksudkan meliputi harta modal, inventori dan stok.

Terima kasih kepada wakil PPD kerana LDP ini memberi maklumat dan panduan yang sangat berguna kepada guru-guru Bidang VOKTEK SMK Tandek. Pihak VOKTEK berharap LDP seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Terima kasih sekali lagi. Di bawah merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa LDP tersebut.

Guru-guru wanita bidang VOKTEK SMK Tandek

Guru lelaki Bidang VOKTEK SMK Tandek

En Datu Sainuddin Datu Hussin, salah seorang daripada penceramah

En Datu Sainuddin dan En Sanaleh

Kriteria penilaian bengkel VOKTEK

En Sanaleh Daud menerangkan pengurusan aset

Pn Noliah Atin menyampaikan cendera hati kepada penceramah

En Rosmadi Abdullah, pengacara

Pn Noliah Atin bersama guru-guru bidang VOKTEK

En Ag Rohzan Pg Ibrahim dan Cik Norashikin, pegawai aset sekolah yang turut hadir dalam LDP tersebut
 

Majlis Penutupan Bulan Bidang VOKTEK SMK Tandek 2011

| Monday 28 March 2011
Majlis Penutupan Bulan VOKTEK SMK Tandek telah ditukar dari 31 Mac 2011 ke 30 Mac 2012. Kepada sesiapa pelajar dan alumni yang berminat, kunjungilah SMK Tandek pada masa penutupan nanti kerana pameran panitia dan aktiviti jualan gerai persatuan akan diadakan. Nantikan rakaman gambar majlis ini nanti...


Explorace Prinsip Perakaunan

| Saturday 26 March 2011
Kumpulan pelajar tingkatan 6
Pada 25 Mac 2011 (Jumaat) yang lalu, Panitia Prinsip Perakaunan menjalankan pertandingan Explorace Prinsip Perakaunan sebagai salah satu pengisian aktiviti sempena bulan VOKTEK SMK Tandek.

Seperti aktiviti Panitia ERT, aktiviti ini juga amat menarik kerana pertama kali diadakan seumpamanya. Berbanding dengan kebiasaan, kumpulan yang bertanding akan diberi petunjuk dengan berjumpa guru tertentu berdasarkan maklumat am guru tersebut. Hal ini agak mengelirukan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan kerana mereka terpaksa meneka siapakah guru berkenaan dan jika gagal, mereka tidak dapat bergerak ke peringkat yang seterusnya. Melalui cara ini, bukan sahaja pelajar belajar maklumat asas perakaunan, malah mereka mengenali guru berkenaan dengan lebih dekat. Guru-guru yang terlibat juga seronok apabila pelajar berlumba-lumba mendapatkan maklumat dari mereka.

Satu lagi perkara yang menarik mengenai pertandingan yang dijalankan oleh Cikgu Karimah Dalillah ini ialah ia tidak terhad kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Ini kerana ia hanya melibatkan maklumat perakaunan asas dan pelajar dibenarkan merujuk buku sepanjang masa. Bagaimanapun, tidak dinafikan pelajar yang mempunyai asas perakaunan mungkin mendapat 'advantage' dari segi masa untuk menyelasaikan sesuatu soalan.

Selepas pertandingan tamat, salah satu daripada kumpulan pemenang terdiri daripada para pelajar yang tidak mengambil Prinsip Perakaunan. Tahniah kepada kumpulan tersebut. Syabas juga kepada Panitia Prinsip Perakaunan.:) 


Cikgu Zulaffandi, salah seorang guru yang maklumatnya mudah dikenali oleh pelajar

Kumpulan pelajar dari 4 Sains Sukan

Kumpulan pelajar dari 5 Sains Sukan
Kumpulan pelajar dari 4 Iktisas 1

Kumpulan dari 6 Atas

Cikgu Karimah sedang memberi taklimat kepada para peserta

Delpiana Sabidor, salah seorang dari peserta yang ceria
Para peserta tidak sabar untuk memulakan aktiviti
| Thursday 24 March 2011
24 Mac 2011 sempena dengan sambutan Bulan VOKTEK SMK Tandek, pihak VOKTEK telah menjemput 3 pihak yang berkaitan dengan dengan kemahiran untuk memberi ceramah kerjaya di SMK Tandek. 3 pihak yang dimaksudkan ialah Giatmara Bandau, ABM Sabah dan Institut Pertanian Sabah yang diwakili oleh PLP Damai.

Aqeem Farhan, seorang pelajar yang menghadiri ceramah ini mengatakan ceramah ini amat sesuai untuk golongan pelajar sederhana yang tidak berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan awam. Jika diteliti, kenyataan pelajar ini benar kerana secara am (walaupun tidak ada sokongan statistik) pelajar lepasan peperiksaan SPM dari SMK Tandek yang berjaya masuk ke Pusat Matrikulasi atau Institusi Pengajian Tinggi adalah dalam lingkungan 30%. Selebihnya masuk ke Tingkatan 6 untuk merebut peluang kedua masuk ke universiti. Oleh itu, sesuailah ceramah ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada 70% lagi pelajar lain yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi selepas peperiksaan SPM atau PMR bahawa wujudnya jalan lain yang terbuka luas untuk mereka.

Pada pendapat VOKTEK, masa hadapan pekerjaan di negara kita akan lebih tertumpu kepada mencari kemahiran individu selain daripada kelulusan akademik yang sedia ada. Hal ini demikian memandangkan trend masa kini menunjukkan majoriti golongan belia di Malaysia mampu untuk masuk ke IPTA dan IPTS. Maknanya, ramai yang mampu memiliki ijazah namun terdapat soalan sejauh mana pemegang ijazah ini dapat menerokai dunia pekerjaan dengan ijazah semata-mata tanpa memiliki sebarang kemahiran. Seperti soalan yang pernah ditanya oleh seorang tokoh usahawan ketika menemuduga calon pekerjanya "what makes you better than the others?". Sesungguhnya kemahiran amat penting untuk menghadapi persaingan pada masa hadapan.

Pihak VOKTEK juga teringat pesanan seorang rakan yang mengatakan "keluar universiti dapat jenama belum tentu dapat duit, keluar dari institut kemahiran tiada jenama tapi dapat duit". Sebaris ayat yang sering kali pihak VOKTEK fikir-fikirkan. Tetapi alangkah baiknya jika pelajar-pelajar kita mendapat jenama dan juga duit pada masa yang sama. Memang inilah yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dalam usaha mewujudkan modal insan di Malaysia. Marilah kita sama-sama mendidik anak bangsa agar mereka cukup bersedia menghadapi persaingan pada masa hadapan, walaupun kita sekadar guru yang jarang dipandang atau institusi kemahiran yang sering dilupakan. Terima kasih Giatmara, ABM Sabah dan PLP Damai.

wakil penceramah dari Giatmara Bandau
Cikgu Yap dari unit media SMK Tandek
Cikgu Bonar, Penolong kanan HEM menyampaikan cendera kenangan
Ramai pelajar bertanya soalan selepas sesi ceramah tamat
Aqeem Farhan, pelajar SMK Tandek
En Mohd Haris, wakil ABM Sabah
En Syaiful, wakil ABM Sabah
En Lee, wakil dari Institut Pertanian Sabah