Hari ini 22 Feb 2011, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, En Datu Sainudin Datu Husin, Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu sekali lagi bersua dengan guru-guru VOKTEK SMK Tandek untuk melakukan pemantauan P&P. Bagaimanapun, kedatangan beliau kali ini bertembung dengan satu lagi majlis lain di SMK Tandek. Ini menyebabkan tugas pemantauan tertangguh sehingga ke masa yang agak lewat. Sungguhpun begitu beliau sempat memantau En Arshad Alwi, Ketua Panitia subjek Reka cipta pada pukul 10.50 hingga 12.00 tengah hari. Tahniah kepada Cikgu Arshad yang telah pun bersedia dengan sebaiknya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh beliau sesungguhnya boleh menjadi contoh kepada guru-guru VOKTEK yang lain. Tahniah sekali lagi:)
Berikut adalah paparan yang sempat dirakam oleh En Yap Miu Seng dari Unit Media SMK Tandek. Terima kasih Cikgu Yap:)
Suasana Penyeliaan P&P Reka cipta
Cikgu Arshad menunjukkan cara-cara menilai dan memilih reka bentuk sesuatu produk
Pemantauan bersama oleh Ketua Unit VOKTEK PPD KM dan Ketua Bidang VOKTEK SMK Tandek
Perbincangan Ketua Unit dan Ketua Bidang mengenai isu-isu semasa P&P VOKTEK
Sebelum menamatkan sesi pemantauan En Datu Sainudin berpesan yang beliau akan datang lagi pada bulan Jun untuk pemantauan P&P dan juga Bengkel VOKTEK. Sememangnya kehadiran beliau amat kami harapkan untuk membantu pihak sekolah memantapkan lagi Bidang VOKTEK.
0 comments:
Post a Comment