1. Prinsip Perakaunan
2. Ekonomi Asas
3. Perdagangan
4. ICT
5. Reka cipta
6. ERT
7. Sains Pertanian
8. Sains Sukan
9. Kemahiran Hidup
Tahniah kepada semua Ketua panitia yang telah beberapa hari sebelumnya berusaha untuk mengemas kini fail masing-masing. Sesungguhnya kehadiran Ketua Unit pada hari tersebut amat bermakna kepada bidang VOKTEK SMK Tandek. Ini kerana penerangan yang jelas tentang fail induk dan penggunaan nombor fail yang betul telah memberi peluang kepada semua panitia untuk mendapat pengetahuan baru. 80% fail mendapat markah penilaian baik manakala 20% lagi mendapat markah sederhana. Ketua Unit berpesan kepada semua ketua panitia yang hadir bahawa sesi penyeliaan untuk memperbaiki lagi Bidang VOKTEK SMK Tandek akan disambung pada 22 Feb 2011 yang akan datang. Beliau menyatakan harapan beliau agar semua ketua panitia akan bersedia pada hari tersebut. Penyeliaan yang akan datang ini berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah rakaman sepintas lalu sesi penyeliaan fail panitia yang dijalankan pada 10 Feb 2011. Terima kasih kepada unit media sekolah (Yap Miu Seng) yang bertanggungjawab terhadap rakaman ini.
Berdiri dari kiri: Muslee Jain, Arshad Alwi, Willorin Majintal, Rinawati Maikol, Karimah Dalillah A.Karim, Christina Singkun
Duduk dari kiri: Joulan Tuyundo, Keng Chuan Seng (Pengetua), Datu Sainudi Datu Husin (Ketua Unit VOKTEK PPD Kota Marudu), Noliah Atin, Dosoying Masubail
Fail Panitia daripada 9 panitia semuanya
Ucapan ringkas Ketua Unit VOKTEK
Karimah Dalillah Abdul Karim
Rinawati Maikol
Arshad Alwi
Jasnie Jamilin
Proses Penyeliaan Fail
Perbincangan Ketua Panitia KH dengan Ketua Unit VOKTEK
Ketua Unit VOKTEK turut dibantu oleh En Wellson Magusun, Ketua Unit Kemanusiaan PPD Kota Marudu
Ketua Unit menerangkan Fail Induk sepatutnya ditulis menggunakan tulisan tangan dan bukannya bertaip
Ketua Unit Kemanusiaan membandingkan nombor fail panitia sedia ada dengan nombor fail yang dianggap lebih efisien dan ringkas
Terima kasih sekali lagi kepada En Datu Sainudin dan En Wellson yang telah banyak membantu Bidang VOKTEK SMK Tandek dalam sesi Penyeliaan Fail Panitia.
0 comments:
Post a Comment