Tangki jadi mangsa bila tiada air....

| Sunday 13 March 2011
Beginilah rupa tangki makmal Sains Pertanian yang baru sahaja dipasang pada hujung tahun 2010. Setelah sekian lama memohon bekalan air untuk makmal tersebut, belum pun sampai setahun bekalan diberi, sambungannya telah dirosakkan oleh bukan sesiapa tetapi pelajar-pelajar SMK Tandek.

Tidak dinafikan SMK Tandek mengalami masalah kurang bekalan air sejak dari mula sekolah ini beroperasi. Ini disebabkan bekalan air untuk daerah Kota Marudu tidak cukup untuk menampung semua kawasan dalam daerah. Setelah aduan berkali-kali, kini bekalan air ada tetapi dalam bentuk catuan iaitu pada hari tertentu sahaja.

Kadang kala hendak menyalahkan pelajar semata-mata pun kena berfikir panjang tetapi satu perkara yang jelas ialah masih ada cara untuk mendapatkan air tanpa merosakkan harta benda sekolah dan kerajaan. Tentunya sebagai pelajar kita boleh terus bertanya kepada guru berkenaan untuk mendapat kebenaran. Terdapat dakwaan daripada pihak guru tertentu yang menuduh perbuatan ini dilakukan oleh pelajar asrama yang sering kali kelihatan merayau di kawasan bangunan sekolah apabila bekalan air habis atau tiada. Pihak VOKTEK berharap perkara ini tidak akan berulang pada masa hadapan.


Sambungan ke makmal SP dirosakkan

0 comments:

Post a Comment