Sejenak di PLP Damai

| Friday 4 March 2011
2 Mac 2011 membawa inspirasi kepada Bidang VOKTEK SMK Tandek ketika menghantar surat jemputan ceramah kerjaya ke Pusat Latihan Petani, Damai Kota Marudu. Sambutan daripada pegawai dan pekerja di pusat tersebut amat meyakinkan bahawa jemputan sekolah begitu dialu-alukan. Walaupun tidak sempat berbual lanjut, pegawai daripada PLP Damai sempat memberi 5 keping borang permohonan masuk ke Institut Latihan Pertanian Sabah sebagai penghargaan kepada pihak SMK Tandek

Berita ini amat menggembirakan wakil Bidang VOKTEK yang singgah sejenak di PLP Damai. Kepada sesiapa berminat dalam bidang pertanian, khususnya pelajar lepasan sekolah, bolehlah muat turun borang di bawah. Terima kasih sekali lagi PLP Damai:)

http://www.sabah.gov.my/tani/pdf/borang/BORANG%20KEMASUKAN%20IPS.pdf

0 comments:

Post a Comment