Explorace Prinsip Perakaunan

| Saturday 26 March 2011
Kumpulan pelajar tingkatan 6
Pada 25 Mac 2011 (Jumaat) yang lalu, Panitia Prinsip Perakaunan menjalankan pertandingan Explorace Prinsip Perakaunan sebagai salah satu pengisian aktiviti sempena bulan VOKTEK SMK Tandek.

Seperti aktiviti Panitia ERT, aktiviti ini juga amat menarik kerana pertama kali diadakan seumpamanya. Berbanding dengan kebiasaan, kumpulan yang bertanding akan diberi petunjuk dengan berjumpa guru tertentu berdasarkan maklumat am guru tersebut. Hal ini agak mengelirukan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan kerana mereka terpaksa meneka siapakah guru berkenaan dan jika gagal, mereka tidak dapat bergerak ke peringkat yang seterusnya. Melalui cara ini, bukan sahaja pelajar belajar maklumat asas perakaunan, malah mereka mengenali guru berkenaan dengan lebih dekat. Guru-guru yang terlibat juga seronok apabila pelajar berlumba-lumba mendapatkan maklumat dari mereka.

Satu lagi perkara yang menarik mengenai pertandingan yang dijalankan oleh Cikgu Karimah Dalillah ini ialah ia tidak terhad kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Ini kerana ia hanya melibatkan maklumat perakaunan asas dan pelajar dibenarkan merujuk buku sepanjang masa. Bagaimanapun, tidak dinafikan pelajar yang mempunyai asas perakaunan mungkin mendapat 'advantage' dari segi masa untuk menyelasaikan sesuatu soalan.

Selepas pertandingan tamat, salah satu daripada kumpulan pemenang terdiri daripada para pelajar yang tidak mengambil Prinsip Perakaunan. Tahniah kepada kumpulan tersebut. Syabas juga kepada Panitia Prinsip Perakaunan.:) 


Cikgu Zulaffandi, salah seorang guru yang maklumatnya mudah dikenali oleh pelajar

Kumpulan pelajar dari 4 Sains Sukan

Kumpulan pelajar dari 5 Sains Sukan
Kumpulan pelajar dari 4 Iktisas 1

Kumpulan dari 6 Atas

Cikgu Karimah sedang memberi taklimat kepada para peserta

Delpiana Sabidor, salah seorang dari peserta yang ceria
Para peserta tidak sabar untuk memulakan aktiviti

0 comments:

Post a Comment