PERTANDINGAN MENJAHIT SULAMAN TANGAN ERT

| Thursday 10 March 2011
10 Mac 2011, Panitia ERT menganjurkan pertandingan sulaman tangan kepada semua pelajar yang berminat. Aktiviti ini dijalankan oleh Pn Dosoying Masubail dan Pn Mariani Majimun. Secara umum, aktiviti ini sangat menarik dan bermanfaat untuk pelajar tetapi malangnya ramai pelajar teragak-agak untuk turut serta kerana tidak yakin boleh mempraktikkan pengetahuan teori mereka. Semoga pada masa akan datang lebih ramai pelajar yang akan menyertai pertandingan seumpama ini.

Kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan pada hari ini, tahniah kerana anda berani dan yakin untuk bersaing kemahiran dengan rakan yang lain. Kepada peserta yang tidak mendapat sebarang tempat, penyertaan anda pasti memberi pengetahuan dan pengalaman yang bermakna kepada diri anda:) 





Cikgu Dosoying, Cikgu Karimah (Hakim jemputan) dan Cikgu Mariani sibuk membincangkan markah peserta

0 comments:

Post a Comment