PROJEK PEMASANGAN FERTIGASI SAINS PERTANIAN

| Tuesday 8 March 2011
Hari ini 8 Mac 2011, Ketua Panitia Sains Pertanian Cik Christina Singkun memulakan projek memasang fertigasi iaitu satu cara penanaman yang menggunakan sistem titisan air. Beliau dibantu oleh semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian. Kerja-kerja pemasangan dijangka akan mengambil masa selama 2 hari.
Para pelajar menanda kawasan ladang Fertigasi
Cikgu Christina membimbing para pelajar mengukur dan menanda kawasan ladang   

Pada hari ini sahaja pelajar-pelajar diberi bimbingan menyediakan tapak ladang, mengukur dan menanda setiap polypipe, micro tube dan sebagainya lagi. Jika tidak ada aral melintang dijangka kerja-kerja ini akan selesai pada hari esok.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Philip Sibin yang telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada Panitia Sains Pertanian dalam kerja-kerja pemasangan. Tanpa beliau, kerja-kerja pada hari ini memang sukar untuk diteruskan. Penghargaan juga kepada Cikgu Karimah dan Cikgu Rinawati yang singgah dan turut memberi bimbingan kepada pelajar.
Cikgu Karimah dan Cikgu Rinawati turut membantu
Para pelajar menyediakan micro tube



Nelson, seorang pelajar sedang memotong poly pipe
Poly pipe dipotong seragam sepanjang 7 meter

'Potong dengan betul' pesan Cikgu Rinawati
'Akhirnya kami boleh lakukan sendiri' kata para pelajar

Aktiviti pemasangan fertigasi ini akan disambung pada hari esok, 9 Mac 2011. Para pelajar yang terlibat menunjukkan minat yang amat baik dan dijangka mereka boleh memasang sistem tanaman ini di rumah sendiri jika mereka melakukannya dengan baik pada kali ini. Peluang ini amat berguna kepada sesiapa sahaja tidak kira guru ataupun pelajar yang terlibat. Teruskan usaha anda!

0 comments:

Post a Comment