Pertandingan Kecekapan menggunakan mesin jahit ERT

| Wednesday 23 March 2011
Salah seorang peserta tekun menyiapkan jahitan
23 Mac 2011 - Panitia ERT di bawah kendalian Cikgu Dosoying menjalankan pertandingan kecekapan menggunakan mesin jahit pada hari ini sempena sambutan Bulan Bidang VOKTEK SMK Tandek 2011. Pertandingan ini amat menarik kerana pelajar dinilai bermula dari kemahiran memasang benang sehinggalah ke jahitan yang mesti disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Angela Odong
Angela Odong, salah seorang daripada peserta menyatakan pertandingan ini membuatkan beliau rasa gementar sehingga sukar untuk memasukkan benang ke lubang jarum. Bagaimanapun, pelajar ini amat gembira kerana berjaya menyiapkan jahitan pada masa yang ditetapkan. 

Suzi Kon, seorang lagi pelajar yang menyertai pertandingan ini menarik diri pada saat akhir kerana gagal memulakan jahitan selepas masa tamat. Mengikut pengakuan pelajar ini, beliau sangat tidak yakin sejak daripada awal lagi. Keyakinan merupakan sesuatu yang harus dibina dari semasa ke semasa dengan mengikuti pelbagai aktiviti mencabar tidak kira kita menjadi pemenang atau sebaliknya. Kepada para pelajar, jangan berhenti berusaha kerana kegagalan hari ini menjadi pendorong kejayaan anda pada masa hadapan:)

Para peserta mengambil tempat diperhatikan oleh Cikgu Dosoying
Cikgu Arshad sebagai penjaga masa
Cikgu Karimah selaku hakim mencuba mesin jahit terlebih dahulu
Peralatan dan bahan
Peserta menunggu pertandingan dimulakan
Percah kain yang sedang dijahit
Bahan jahitan lain
Para hakim memerhatikan peserta-peserta
Peserta melihat jahitan mereka dinilai oleh Cikgu Karimah dan Cikgu Norhayati

0 comments:

Post a Comment