PROJEK PEMASANGAN FERTIGASI SAINS PERTANIAN 2

| Wednesday, 9 March 2011
Gambar kiri: Pn Rantinah Madurus, wakil daripada Jabatan Pertanian 
menerima cendera kenangan daripada Pn Noliah Atin, Ketua Bidang 
VOKTEK SMK Tandek 
Hari ini 9 Mac 2011 merupakan hari kedua projek fertigasi Sains Pertanian SMK Tandek diteruskan. Kehadiran En Baingkon Sarikal dan Pn Rantinah Madurus daripada Jabatan Pertanian membantu melancarkan lagi kerja-kerja pemasangan sistem penanaman fertigasi pada hari ini.

Pihak VOKTEK SMK Tandek mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Baingkon dan Pn Rantinah yang telah sudi dan bersusah payah membantu para pelajar dalam kerja-kerja pemasangan. Menurut perancangan awal, kerja-kerja pemasangan dijangka selesai pada hari ini. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan bahan dan bahan yang tidak sesuai, maka kerja-kerja pemasangan terpaksa ditangguh ke hari esok 10 Mac 2011. Kekurangan dan ketidaksesuaian bahan juga menyebabkan para pelajar terpaksa menunggu bekalan baru dibeli dan juga diganti.

Pihak VOKTEK berharap projek di bawah seliaan Cikgu Christina ini akan berjaya dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam objektif beliau. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang turut hadir dan membantu secara sukarela pada hari ini seperti Cikgu Karimah, Cikgu Wan Norsiah dan Cikgu Norhayati. Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang sejak daripada mula lagi telah memberi sokongan penuh dari segi kewangan dan juga galakan.

Gambar kiri: Pn Rantinah memberi taklimat ringkas kepada pelajar sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan

Antara lain pengenalan yang disampaikan oleh Pn Rantinah ialah asal usul perkataan Fertigasi yang bermaksud Ferti - fertilizer (baja) dan gasi - berasal dari perkataan irrigation (pengairan). Dengan kata lain, fertigasi ialah sistem pertanian yang menggunakan baja dan air. Menurut beliau lagi medium tanah tidak semestinya digunakan dalam fertigasi sebaliknya medium yang disaran ialah cocopeat (sabut kelapa).


Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana peristiwa yang berlaku pada hari ini. 




Semoga kata-kata Cikgu Norhayati "kami guru-guru pasti akan membeli cili yang berjaya dihasilkan oleh projek ini" memberi perangsang kepada para pelajar Sains Pertanian untuk terus menjayakan projek ini. Usaha tangga kejayaan :)

0 comments:

Post a Comment