Pertandingan Memasang Komponen Elektronik KH

| Wednesday 23 March 2011
Komponen elektronik yang sedang dipasang oleh peserta
23 Mac 2011 - Panitia KH di bawah Cikgu Joulan Tuyundo mengadakan pertandingan memasang komponen elektronik di Bengkel KH SMK Tandek. Berbanding dengan pertandingan jahitan, aktiviti ini menarik lebih banyak penyertaan dalam kalangan pelajar lelaki. Bahkan semua peserta pada kali ini terdiri daripada pelajar lelaki. Selain itu, kesungguhan peserta-peserta jelas kelihatan apabila mereka dengan begitu tekun tidak peduli terhadap gangguan sekeliling seperti pertukangan kayu yang amat bising dan sebagainya lagi. Kelihatan juga pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin begitu berminat dengan aktiviti ini. Tahniah sekali lagi kepada Panitia KH yang berjaya menganjurkan pertandingan yang demikian rupa.

Cikgu Joulan sedang menyelia para peserta
Kumpulan pelajar sedang berusaha
"Mungkin begini..."
Cikgu Joulan memerhati kumpulan pelajar yang menggunakan pateri
"Perhatikan betul-betul....."
"Teruskan usaha...."
Peserta membuka semula pateri

0 comments:

Post a Comment